Gol saat akhir PDRM kecewakan Selangor

Selangor gagal untuk meraih tiga mata ketika berdepan PDRM FC. FOTO SELANGOR FC
Selangor gagal untuk meraih tiga mata ketika berdepan PDRM FC. FOTO SELANGOR FC
A
A
A

PDRM FC berjaya meraih satu mata berharga apabila mengikat Selangor FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu.

Selangor menguasai sepenuhnya perlawanan dan membuka tirai jaringan menerusi pemain import mereka, Alvin Fortes selepas melonjak tinggi untuk menanduk hantaran Quentin Cheng pada minit ke-15.

Ketika skuad Gergasi Merah itu berada di ambang kemenangan, gol penyamaan PDRM FC hadir menerusi Aremu Timothy Oluwaseun pada penghujung perlawanan.

Oluwaseun meledak gol penyamaan pada penghujung perlawanan. FOTO: PDRM FC
Oluwaseun meledak gol penyamaan pada penghujung perlawanan. FOTO: PDRM FC

Keputusan itu kekal meletakkan Selangor di kedudukan kedua liga super dengan 26 mata dibezakan lima mata dengan pendahulu Liga Johor Darul Ta'zim (JDT), namun skuad Harimau Selatan memiliki kelebihan perlawanan kerana tidak beraksi minggu ini.

Selepas ini, Selangor akan berdepan tugas getir menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya pada Ahad depan.

PDRM pula akan berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk menentang Kedah Darul Aman FC pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!