Di sebalik masalah kewangan, KDA FC berjaya tumbangkan Terengganu FC

Jose (kiri) menghadiahkan tiga mata berharga buat Sang Kenari pada aksi Liga Super mengatasi TFC 1-0 di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu. FOTO KDA FC
Jose (kiri) menghadiahkan tiga mata berharga buat Sang Kenari pada aksi Liga Super mengatasi TFC 1-0 di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu. FOTO KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC berjaya menyerap tekanan masalah di luar padang apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) 1-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Sang Kenari yang berdepan dengan masalah kewangan sejak beberapa bulan lalu berada di tangga ke-11 berjaya mengejutkan Sang Penyu yang berada di tangga ketiga Liga Super untuk meraih tiga mata penting di laman sendiri.

Terdahulu, Ketua pasukan KDA FC, Sony Norde berjaya meletakkan tuan rumah di hadapan 1-0 pada minit ke-36 namun jaringan tersebut tidak dibenarkan oleh pengadil, Ahmad Zuhadi Dzulkifli.

Semakan video pembantu pengadil (VAR) mendapati Syafiq Ahmad yang membuat percubaan pertama terlebih dahulu berada di dalam keadaan ofsaid.

Kehangatan perlawanan meningkat apabila berlaku kekasaran pemain tuan rumah, Amirul Hisham ke atas Akhyar Rashid di dalam kotak penalti pada minit ke-48 namun sepakan penalti tidak dihadiahkan selepas Ahmad Zuhadi memeriksa VAR.

Perkara tersebut diputuskan selepas pegawai pengadil yang bertugas mengambil masa kira-kira lima minit untuk berbincang dan membuat keputusan yang sekali gus melegakan kem tuan rumah.

Gol yang ditunggu oleh Sang Kenari akhirnya menjelma pada penghujung separuh masa pertama hasil tandukan Jose Cleylton yang berjaya memanfaatkan hantaran Sony menerusi sepakan percuma untuk meletakkan KDA FC di hadapan 1-0.

Sebaik babak separuh masa kedua bermula, TFC yang hadir dengan misi untuk mengutip tiga mata melakukan asakan ke kubu KDA FC untuk memburu gol penyamaan.

Artikel Berkaitan:

Walaubagaimanapun, tuan rumah berjaya bertahan dan mengagalkan asakan serta percubaan demi percubaan pelawat sehinggalah ke wisel penamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!