Tiga peratus golongan ‘maha kaya’ tak patut dapat subsidi

Dianggarkan hanya tiga peratus bersamaan hampir sejuta rakyat di negara ini merupakan golongan ‘maha kaya’ atau jutawan asal yang tidak sepatutnya mendapat subsidi kerajaan. Gambar kecil: Barjoyai
Dianggarkan hanya tiga peratus bersamaan hampir sejuta rakyat di negara ini merupakan golongan ‘maha kaya’ atau jutawan asal yang tidak sepatutnya mendapat subsidi kerajaan. Gambar kecil: Barjoyai
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] - Dianggarkan hanya tiga peratus bersamaan hampir sejuta rakyat di negara ini merupakan golongan ‘maha kaya’ atau jutawan asal yang tidak sepatutnya mendapat subsidi kerajaan.

Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, golongan tersebut kebiasaannya individu yang memiliki tahap pendapatan bulanan RM50,000 dan ke atas, memegang jawatan tinggi dalam syarikat atau waris kepada jutawan mahupun tokoh perniagaan ternama.

“Golongan ini sebenarnya tak perlu bekerja disebabkan ahli keluarga memang kaya-raya dan tidak memerlukan bantuan kerajaan.

“Mereka juga sepatutnya dikenakan cukai yang tinggi, tetapi tidak dicukai sebelum ini kerana kebanyakannya tak kerja. Mereka hanya mendapat dividen setiap tahun dan ia tidak dicukaikan di Malaysia.

“Justeru, selesai pengumuman belanjawan semalam, golongan terbabit akan dikelaskan ke dalam jaringan cukai selepas ini,“ katanya kepada Sinar Ahad.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat mencadangkan cukai dividen dikenakan terhadap pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.

Katanya, saranan itu wajar dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi merangkumi pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit.

Ditanya mengenai latar belakang pendidikan, Barjoyai memaklumkan, ada segelintir golongan T15 yang memiliki tahap pengajian tinggi dan mewarisi kebijaksanaan ahli keluarga terdahulu sehinggakan mampu menyambung pengajian di luar negara.

Artikel Berkaitan:

“Katakanlah bapanya mampu, dia hantar anak sambung belajar di London sebab ada universiti yang terima pelajar bukan berdasarkan kepintaran, tetapi kerana kaya.

“Tidak dinafikan mereka mendapat pendidikan yang baik, tetapi tak perlu bekerja pun sebab pendapatan sudah cukup besar.

"Kalau nak bekerja, mungkin dalam syarikat keluarga sahaja,“ ujarnya.

Belanjawan Sinar Harian:

Dengan menjawab beberapa soalan mudah, anda akan ketahui apa bantuan berkaitan dengan anda:

Pilih umur anda di link bawah:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!