Bunuh anak kerana minta segera wariskan harta

Ronni Bonic menunjukkan barang bukti semasa sidang media di Balai Polis Kudus. Agensi
Ronni Bonic menunjukkan barang bukti semasa sidang media di Balai Polis Kudus. Agensi
A
A
A

JAKARTA - Gara-gara sering membawa masalah dalam keluarga, seorang bapa berusia 63 tahun membunuh anak lelakinya ketika mangsa sedang tidur.

Kejadian berlaku pada 15 Oktober lalu di rumah mereka yang terletak di Desa Dersalam, Kecamatan Bae, Jawa Tengah.

Mangsa dikenali BH, 38, meninggal di tempat kejadian selepas ditikam dengan senjata tajam yang dipercayai dilakukan suspek sebanyak tiga kali.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Kudus, Ronni Bonic berkata, menerusi keterangan daripada suspek menjelaskan bahawa dia sudah hilang sabar dengan kelakuan anaknya itu.

"Ini termasuk pernah mengancam untuk mencederakan ibunya hingga mahu membakar rumah kerana mangsa meminta supaya harta warisan keluarga dibahagikan kepada dia (anak-anaknya)," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Dalam pada itu kata Ronni, walaupun suspek mengakui bahawa dia menyesal dengan tindakannya itu tetapi dia 'terpaksa' berbuat demikian.

"Pada awalnya saya tiada niat untuk membunuh dia tetapi tiba-tiba saya 'naik darah'.

"Saya juga terfikir kalau saya tidak bunuh dia, nanti hidup kami tidak akan tenteram, saya kasihankan isteri, menantu dan cucu-cucu saya," ujar suspek kepada Ronni.

Artikel Berkaitan:

Tindakan itu menyebabkan suspek kini berhadapan mengikut Pasal 338 KUHP subsider Pasal 351 ayat 3 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika terbukti bersalah. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!