Surah An-Nur beri panduan tanggungjawab utama wanita

Peserta Women #QuranHour, 'Wanita beriman & beramal soleh' sempena Konvensyen Hawa 2024 bergambar kenangan di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM pada Sabtu.
Peserta Women #QuranHour, 'Wanita beriman & beramal soleh' sempena Konvensyen Hawa 2024 bergambar kenangan di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM pada Sabtu.
A
A
A

NILAI - Surah An-Nur memberi panduan sembilan tanggungjawab utama kepada masyarakat khususnya golongan wanita beriman dan beramal soleh.

Pendakwah Selebriti TV dan Radio, Noraini Mat Din atau lebih dikenali sebagai Ustazah Nony berkata, perkara tersebut meliputi adab meminta izin, menjaga pandangan, hijab dilabuhkan, kawal berita, pernikahan dimudahkan, pelacuran dihapuskan, hidup bersyariat, berprasangka baik dan memelihara kehormatan.

“Mesej daripada surah ke 24 ini menunjukkan tanda cinta ALLAH SWT kepada wanita dalam mengukuhkan martabat diri dengan menjaga kehormatan keluarga dan masyarakat agar hidup lebih tenang, bermaruah serta mulia.

“Surah ini turut memastikan masyarakat khususnya golongan wanita terpelihara daripada empat aspek iaitu intelektual, mental, fizikal dan spiritual khasnya dalam menjaga maruah diri,” katanya.

Ustazah Nony (kiri) bersama Johan Qariah Wilayah Persekutuan 2015 & 2017, Ustazah Noor Suhaiza Chulan.
Ustazah Nony (kiri) bersama Johan Qariah Wilayah Persekutuan 2015 & 2017, Ustazah Noor Suhaiza Chulan.

Beliau berkata demikian ketika sesi tadabbur Women #QuranHour, ‘Wanita beriman dan beramal soleh’ sempena Konvensyen Hawa 2024 di Dewan Kuliah Pusat 3, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini pada Sabtu.

Program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal tersebut dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM dengan kerjasama Pusat Hal Ehwal Pelajar USIM, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan Karya Bestari.

Melalui tadabbur Surah An-Nur, Women #QuranHour kali ini mengajak peserta mengubah cara berfikir dan pandangan mereka terhadap peranan wanita dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Surah An-Nur dipilih kerana kandungannya kaya dengan nilai moral, syariah dan etika sosial yang relevan dengan kehidupan harian wanita.

Ustazah Nony berkata, dalam era moden ini, wanita diharapkan lebih giat dalam melindungi diri dan akidah terutama dalam menghadapi pelbagai cabaran sosial dan budaya.

Sebahagian peserta program Women #QuranHour yang dianjurkan sempena Konvensyen Hawa 2024 di USIM pada Sabtu.
Sebahagian peserta program Women #QuranHour yang dianjurkan sempena Konvensyen Hawa 2024 di USIM pada Sabtu.

“Harga diri adalah asas utama dalam membina iman. Wanita mesti tahu bahawa mereka mempunyai kekuatan dan potensi yang luar biasa,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Nur Mardhiah Zamperi, 26, berkata, Women #QuranHour mendidik dirinya menjadi wanita lebih berilmu.

“Sekarang apa tindakan kita hendak buat mesti kena ada ilmu. Wanita perlu menjaga emosi dengan mendekati al-Quran.

“Jadikan ia panduan dalam semua keadaan seperti sedih, marah dan sebagainya. Kita perlu pandai jaga emosi dan sederhana dalam segala hal,” katanya.

Pelajar USIM, Siti Syakirah Mohd Wahama, 24, pula berkata, dia sangat tersentuh dengan pengisian program Women #QuranHour.

“Program ini memfokuskan wanita yang sangat dekat dengan hati saya, terutama isu zina yang dijelaskan. Penting untuk wanita menjaga diri dan maruah seperti mana al-Quran sendiri memartabatkan golongan kita,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!