Israel teruskan serangan ke atas Lubnan, Hizbullah jadi sasaran

Asap tebal menyelubungi Dahiyeh susulan serangan udara Israel ke atas Lubnan. - Foto AP
Asap tebal menyelubungi Dahiyeh susulan serangan udara Israel ke atas Lubnan. - Foto AP
A
A
A

TEL AVIV - Tentera Israel mengesahkan tidak akan menghentikan serangan ke atas Lubnan.

Menurut jurucakapnya Daniel Hagari, serangan akan diteruskan selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menjadi sasaran serangan dron kumpulan Hizbullah.

"Menurut anggaran yang kami ada, setakat ini lebih daripada 1,500 anggota Hizbullah telah dihapuskan sejak permulaan perang.

Sebahagian daripada mereka telah ditangkap dan dipindahkan untuk soal siasat lanjut.

"Dalam beberapa jam yang lalu, kami telah menyerang lima bangunan di Dahiyeh di Beirut di mana terdapat gudang-gudang penyimpanan senjata Hizbullah yang disasarkan ke arah Israel.

"Gudang-gudang ini disembunyikan di bangunan awam, seperti yang biasa dilakukan oleh Hizbullah dengan menggunakan penduduk sebagai perisai manusia," katanya.

Israel melancarkan sekurang-kurangnya 10 serangan utara ke bandar selatan Beirut, Dahiyeh.

Ia mendakwa sasaran itu mensasarkan fasiliti simpanan senjata Hizbullah.

Artikel Berkaitan:

Pencerobohan dan serangan udara Israel ke atas Lubnan sudah mengornankan 2,300 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan anggota Hizbullah.


73 rakyat Palestin syahid di utara Gaza

Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan bertingkat dan merosakkan beberapa rumah berhampiran. - Foto X/Quds News Network
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan bertingkat dan merosakkan beberapa rumah berhampiran. - Foto X/Quds News Network

GAZA - Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin termasuk ramai wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan Israel di bandar Beit Lahiya, utara Gaza, pada Sabtu.

Pejabat media Gaza berkata, berpuluh-puluh lagi cedera dan hilang dalam serangan itu.

Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan bertingkat dan merosakkan beberapa rumah berhampiran.

Pegawai kesihatan Palestin berkata, operasi menyelamat terhalang oleh pemotongan perkhidmatan telekomunikasi dan internet untuk hari kedua.

Sebelum itu, Kementerian Kesihatan Gaza berkata, serangan tentera Israel membunuh 35 rakyat Palestin di seluruh kawasan itu.

Katanya, ini adalah perang pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik dengan Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Beit Lahiya.

Penduduk dan pegawai perubatan berkata, tentera Israel telah mengetatkan pengepungan mereka di Jabalia dengan turut menghantar kereta kebal ke bandar berdekatan Beit Hanoun dan Beit Lahiya serta mengeluarkan arahan pemindahan kepada penduduk.

Di Jabalia, penduduk berkata, tentera Israel mengepung beberapa tempat perlindungan yang menempatkan keluarga pelarian sebelum menyerbu mereka dan menahan berpuluh-puluh lelaki.

Rakaman yang tersebar di media sosial menunjukkan berpuluh-puluh lelaki Palestin duduk di atas tanah di sebelah kereta kebal, manakala yang lain diketuai oleh seorang askar ke tapak perhimpunan.

Penduduk dan pegawai perubatan berkata, tentera Israel mengebom rumah dan mengepung hospital, menghalang bekalan perubatan dan makanan daripada masuk untuk memaksa mereka meninggalkan kem.

Pegawai kesihatan berkata, mereka menolak arahan tentera Israel untuk mengosongkan hospital atau meninggalkan pesakit, kebanyakannya dalam keadaan kritikal tanpa pengawasan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!