Shah, Ridwan Sahrom akhiri acara pecut di pusingan pertama

Olimpian negara tersebut terpaksa akur kepada Joseph Truman dari Great Britain, sementara adiknya pula tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara. - Stadium Astro
Olimpian negara tersebut terpaksa akur kepada Joseph Truman dari Great Britain, sementara adiknya pula tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara. - Stadium Astro
A
A
A

ADIK-beradik pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Ridwan Sahrom, mengakhiri acara pecut selepas terkandas di pusingan pertama Kejohanan Berbasikal Trek Dunia (UCI) di Ballerup, Denmark pada Sabtu malam.

Sewaktu di peringkat kelayakan, mereka berdua menempatkan diri di kedudukan 22 dan 25 untuk mara ke pusingan seterusnya, namun dikecewakan oleh lawan masing-masing ketika perlumbaan tersebut.

Memasuki peringkat seterusnya, Olimpian negara tersebut terpaksa akur kepada Joseph Truman dari Great Britain, sementara adiknya pula tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara. - Stadium Astro

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!