'Ten Hag tarik nafas panjang'

Ten Hag. Foto Agensi
Ten Hag. Foto Agensi
A
A
A

ERIK ten Hag boleh menarik nafas lega apabila Manchester United bangkit membenam Brentford 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman sendiri pada malam Sabtu.

Kemenangan tersebut mengurangkan tekanan ke atas jurulatih berusia 54 tahun itu yang berjuang untuk menyelamatnya kariernya di Old Trafford.

Ia susulan prestasi terburuk Red Devils dalam kancah liga utama sejak musim 1989/90.

"Hari ini kami meledak dua gol hebat. Sebelum ini kami tidak cukup klinikal," ujar ten Hag.

"Apabila berjaya menghasilkan gol anda dapat sedikit keyakinan. Ia baru permulaan, kami perlu bangkit lebih kuat selepas ini," ujar ten Hag.

Jurulatih dari Belanda itu pada mulanya berdepan detik cemas apabila pasukan lawan di depan pada masa kecederaan babak pertama menerusi jaringan Ethan Pinnock.

Namun Alejandro Garnacho memulakan kebangkitan United apabila meledak gol penyamaan selepas dua minit keluar dari bilik persalinan.

Rasmus Hojlund kemudian menyumbat gol kemenangan pada minit ke-62 untuk memberi tiga mata berharga buat United.

Artikel Berkaitan:

"Apabila berjaya menghasulkan gol, anda dapat sedikit keyakinan. Ini baru permulaan, kami akan bangkit lebih kuat selepas ini," ujar ten Hag.

Kemenangan pertama Red Devils daripada enam aksi di semua pertandingan itu adalah kejayaan ketiga mereka dalam lapan perlawanan EPL musim ini.

United kini menghuni tangga ke-10 carta menjelang minggu yang menarik apabila bakal beraksi di Liga Europa menentang pasukan bimbingan Jose Mourinho, Fenerbahce pada 25 Oktober ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!