Kelantan nafi terima peruntukan RM20 juta untuk pam mudah alih KADA

KADA
KADA
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menafikan pihaknya menerima peruntukan RM20 juta untuk mereka bentuk, membina dan menyiapkan pam mudah alih di Kemubu dan di Lemal sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi negeri, Datuk Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, kesemua peruntukan itu disalurkan terus kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan tidak melalui kerajaan negeri.

"Peruntukan ini melibatkan pembekalan, pemasangan 88 cusec pam dengan lapan nos di Kemubu dan empat nos di Lemal, proses pengukuhan tebing dan kerja-kerja yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sudah memilih kontraktor dan kerja-kerja pembinaan akan bermula pada penghujung Oktober ini.

Ujarnya, projek itu dijangka siap pada Julai 2025.

Tuan Mohd Saripudin memberitahu, selain itu kerajaan negeri sudah meluluskan cadangan pelaksanaan projek pembaikan cerucuk keping di Stesen Pam Kemubu sebagaimana yang telah dibentangkan oleh pihak KPKM dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 18 September lalu.

Katanya, projek pembaikan cerucuk keping Kemubu itu melibatkan peruntukan sebanyak RM21 juta.

"Ia telah disalurkan terus kepada pihak KADA bertujuan untuk membaiki benteng air sementara Kemubu. Benteng air sementara Kemubu telah dibina oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 1981 dan Low Weir Kasa telah dibina oleh Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP) pada tahun 2016 bertujuan meninggikan

Artikel Berkaitan:

paras air sungai Kelantan tidak lagi berfungsi secara optima disebabkan kerosakan.

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja bagi Kerja Pembaikan Benteng Sementara Pembaikan Cerucuk Keping Kemubu telah diadakan pada 8 Oktober lalu," katanya.

Menurut Tuan Mohd Saripudin, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pihak KPKM dan KADA bagi memastikan pelaksanaan kedua-dua projek ini dapat berjalan lancar sekali gus memberikan manfaat kepada para pesawah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!