Lelaki maut, kereta terbakar selepas kemalangan

Berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios berpunca daripada kemalangan jalan raya di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad.
Berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios berpunca daripada kemalangan jalan raya di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sohirol Rizal Madon berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 8.28 pagi.

"Seramai sembilan anggota bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sohirol Rizal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Vios berpunca daripada kemalangan jalan raya.

"Kebakaran dianggarkan 100 peratus. Seorang lelaki disahkan meninggal dunia dalam kemalangan itu, mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Seorang lagi lelaki berusia 24 tahun mengalami cedera ringan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.40 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!