Inter Miami dapat slot Piala Dunia Kelab 2025

Lionel Messi dijangka perkuatkan cabaran Inter Miami di Piala Dunia Kelab 2025. Foto AFP
Lionel Messi dijangka perkuatkan cabaran Inter Miami di Piala Dunia Kelab 2025. Foto AFP
A
A
A

KELAB Liga Bolasepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, Inter Miami mendapat slot Piala Dunia Kelab Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2025.

Kelab yang mempertaruhkan khidmat Lionel Messi itu akan menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan kejuaraan 32 pasukan yang menampilkan kelab-kelab berprestasi tinggi dari seluruh dunia.

Miami, yang memenangi Perisai Penyokong MLS pertama bulan ini, adalah pasukan kedua terakhir diselitkan ke temasya yang menyingkap tirai di sekitar Amerika Syarikat dari 15 Jun hingga 13 Julai tahun depan.

“Tahniah atas kejayaan hebat Perisai Penyokong 2024 anda. Anda telah menunjukkan bahawa di Amerika Syarikat, anda secara konsisten adalah kelab terbaik dalam bidang permainan.

“Oleh itu, saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sebagai salah satu kelab terbaik di dunia, anda layak menyertai Piala Dunia Kelab FIFA 2025 yang baharu sebagai kelab tuan rumah yang mewakili Amerika Syarikat,” kata Presiden FIFA Gianni Infantino dalam satu kenyataan.

Amerika Syarikat sentiasa bersedia untuk mempunyai kelab tuan rumah dalam temasya itu, tetapi daripada memberikan tempat kepada pemenang perlawanan akhir Piala MLS 7 Disember depan, FIFA menentukan pemenang Perisai Penyokong mengiktiraf prestasi konsisten sepanjang musim 34 perlawanan.

FIFA mengumumkan penambahan Miami ke Piala Dunia Kelab selepas kelab itu memecahkan rekod mata musim biasa MLS dengan kemenangan 6-2 ke atas New England Revolution untuk 74 mata.

Sebagai rekod, New England telah mencipta rekod sebelumnya dengan 73 mata pada pada 2021.

Artikel Berkaitan:

Pasukan Piala Dunia Kelab terakhir akan diberikan kepada pemenang perlawanan akhir CONMEBOL Libertadores di Buenos Aires pada 30 November depan.

Sebagai rekod, Seattle Sounders adalah satu-satunya pasukan MLS dalam Piala Dunia Kelab selepas menewaskan pasukan Mexico, Pumas pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara CONCACAF 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!