Perkampungan GISBH di Batu Hampar ditutup sejak bulan lalu

Laluan masuk ke kawasan perkampungan GISBH di Kampung Batu Hampar Dalam telah ditutup kepada orang ramai dan polis sudah memasang garisan kuning dengan jarak sekitar 50 meter.
Laluan masuk ke kawasan perkampungan GISBH di Kampung Batu Hampar Dalam telah ditutup kepada orang ramai dan polis sudah memasang garisan kuning dengan jarak sekitar 50 meter.
A
A
A

BERUAS - Perkampungan GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Batu Hampar Dalam di sini telahpun ditutup sejak September lalu.

Tinjauan pada Ahad mendapati, laluan masuk ke kawasan premis yang turut menempatkan sebuah maahad ditutup kepada orang ramai dan polis sudah memasang garisan kuning dengan jarak sekitar 50 meter.

Satu memo bertulis arahan menghentikan operasi Maahad Imam As-Sayuti turut ditampal pada papan tanda utama perkampungan tersebut.

Arahan menghentikan operasi itu dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertarikh 27 September 2024 menghendaki menghentikan operasi sekolah serta-merta.

Arahan menghentikan operasi yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertarikh 27 September 2024 menghendaki menghentikan operasi sekolah serta-merta.
Arahan menghentikan operasi yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertarikh 27 September 2024 menghendaki menghentikan operasi sekolah serta-merta.

Dalam memo tersebut dinyatakan bahawa maahad berkenaan belum berdaftar seperti terkandung di dalam Enakmen Kawalan-kawalan Sekolah Agama Islam 1996, Bahagian III Pendaftaran Sekolah-sekolah Subseksyen 5(1).

Selain maahad, perkampungan berkeluasan kira-kira 4.8 hektar itu turut memuatkan pejabat operasi, kedai runcit, kedai makan, rumah kediaman kakitangan, tasik kecil dan kawasan peliharaan haiwan seperti bangsal kuda dan sangkar arnab.

Seorang penduduk yang ditemui, Mohd Syarqawi Abu Hassan, 29, berkata, kawasan berkenaan telah dikosongkan sejak sebulan lalu sebaik isu GISBH dilapor dan dibongkar.

Artikel Berkaitan:

Sekolah Agama Rakyat Imam Syafie kendalian GISBH di perkampungan itu turut ditutup.
Sekolah Agama Rakyat Imam Syafie kendalian GISBH di perkampungan itu turut ditutup.

Katanya, sepanjang beroperasi lebih 10 tahun lalu, pelajar dan kakitangan maahad berkenaan yang dianggarkan sekitar 70 orang mempunyai baik dengan penduduk setempat.

"Mereka selalu jemput orang kampung untuk bersama dalam program yang dianjurkan.

"Sejak isu berkaitan GISBH terbongkar, mereka mula kosongkan premis, haiwan peliharaan pun sudah tiada dibawa bersama," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan bahawa Ummu Atiyah, anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad akan hadir menunjukkan lokasi rumah yang didakwa dikurung di sebuah perkampungan GISBH di Batu Hampar di sini pada Ahad.

Kedai runcit dan kedai makan milik GISBH yang beroperasi di Kampung Batu Hampar Dalam telah diarah ditutup.
Kedai runcit dan kedai makan milik GISBH yang beroperasi di Kampung Batu Hampar Dalam telah diarah ditutup.

Setakat ini, tiga anggota polis berpakaian preman dilihat masuk ke kawasan perkampungan itu pada jam 12.07 tengah hari sebelum beredar 12 minit kemudian.

Bagaimanapun tiada kelibat Ummu Atiyah dilihat hadir bersama.

Terdahulu, wanita berusia 41 tahun itu mendakwa dia menjadi mangsa rogol kepada seorang pemimpin GISBH yang ingin menikahinya secara paksa.

Ummu Atiyah turut mendakwa dikurung di perkampungan itu yang juga dihuni ramai remaja dan orang dewasa dalam lingkungan usia 13 dan ke atas.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!