Kerajaan kaji data, pastikan subsidi bantu kumpulan sewajarnya

Amir Hamzah
Amir Hamzah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji data dan akan memastikan subsidi bagi petrol, kesihatan dan pendidikan membantu golongan yang sewajarnya, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, langkah menarik balik subsidi petrol RON95 untuk kumpulan T15 atau 15 peratus teratas dan warga asing adalah sebahagian daripada usaha meluas kerajaan untuk memastikan subsidi disasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

"Saya berpandangan bahawa aspek paling penting adalah, apa-apa sahaja yang kita lakukan dalam kerajaan, penting untuk meneliti data dengan baik dan memastikan ia benar-benar tertumpu kepada kumpulan yang sewajarnya.

"Masih banyak perkara yang sedang dilaksanakan. Oleh itu, saya berpendapat, kita tidak sewajarnya membuat spekulasi mengenai nilai ambang dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Gala Diraja bagi meraikan ulang tahun ke-120 St John's Institution di sini Sabtu malam.

Beliau berkata, butiran selanjutnya seperti nilai ambang pendapatan dan mekanisme pelaksanaan masih dalam perbincangan.

"Dari segi kadar nilai ambang dan mekanisme, kita akan umumkan pada tahun depan,” kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan Madani Ketiga 2025 pada Jumaat berkata, kerajaan memberi jaminan akan mempertahan kepentingan rakyat terbanyak dalam pelaksanaan penyasaran subsidi.

Anwar berkata, kerajaan bercadang melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025 dan penjimatan yang dicapai daripadanya akan dimanfaat untuk kesejahteraan rakyat terbanyak. - Bernama

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Kerajaan kaji data, pastikan subsidi bantu kumpulan sewajarnya #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Belanjawan #Subsidi #Bantuan #AmirHamzah

BCC News - Ockeroid

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!