Menyorok belakang pintu tandas

Khairul Dzaimee (dua dari kiri) menyoal siasat warga asing di sebuah apartmen di Sungai Kayu Ara tengah malam tadi.
Khairul Dzaimee (dua dari kiri) menyoal siasat warga asing di sebuah apartmen di Sungai Kayu Ara tengah malam tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Cubaan seorang wanita warga Indonesia menyorok di belakang pintu tandas bagi mengelakkan dicekup penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia tidak berjaya apabila dia diberkas dalam satu operasi di Apartment Sri Ara, Sungai Kayu Ara, Ara Damansara di sini tengah malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi hasil maklumat orang awam itu melibatkan seramai 200 anggota penguat kuasa.

"Wanita berusia sekitar 30-an masuk ke dalam tandas untuk menyembunyikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa yang mengetuk pintu rumahnya pada jam 12.30 tengah malam.

"Dalam operasi tersebut, seramai 352 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu seramai 155 orang ditahan.

"Mereka terdiri daripada 83 lelaki, 65 wanita dan tujuh kanak-kanak berusia antara 5 hingga 6 tahun," katanya pada sidang media selepas menghadiri operasi berkenaan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 130 individu merupakan warga Indonesia, sembilan warga India, lapan warga Nepal, Myanmar dan Bangladesh masing-masing empat individu.

"Siasatan awal mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1958/63 (Akta 155) iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan Seksyen (15)(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155) iaitu tinggal melebihi masa," katanya.

Beliau berkata, kes turut disiasat mengikut Perkara 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

Artikel Berkaitan:

“Semakan mendapati mereka tidak bekerja dengan majikan asal dalam sektor yang sepatutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!