Polis siasat kanak-kanak minta sedekah di KLCC
KUALA LUMPUR - Polis menerima maklumat berkaitan dakwaan sindiket yang menggunakan kanak-kanak warga asing sebagai peminta sedekah, yang berlegar-legar di sekitar kawasan KLCC.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, pihaknya sedang menyiasat berkaitan dakwaan itu.
"Kami sedang menyiasat maklumat ini untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pada Ahad tular video berdurasi satu minit 16 saat yang menasihakan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan taktik sindiket itu.
Menerusi video tular, pengguna TikTok dikenali sebagai safri9631 berkata, dua kanak-kanak berpakaian jubah dilihat sedang berkeliaran di kawasan tumpuan orang ramai itu untuk meminta sedekah.
"Ini antara budak-budak sedang mencari 'mangsa'," katanya.
Video itu turut memaparkan dua kanak-kanak itu sedang berbual dengan seorang lelaki, sebelum beredar setelah tindakan mereka dirakam oleh pengguna TikTok berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!