JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini

Aedy Fadly
Aedy Fadly
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI dengan harga minimum serendah RM100, yang bermula semalam dan akan berakhir pada jam 10 malam, Rabu ini.

Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli dalam kenyataan pada Ahad berkata, keputusan bidaan NPI tersebut akan diumumkan pada Khamis dan nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat keputusan bidaan rasmi dikeluarkan.

"Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid," katanya.

Beliau berkata, harga bidaan minimum bagi siri nombor plat berkenaan ditetapkan mengikut kategori iaitu RM20,000 untuk 'Nombor Utama', RM5,000 (Nombor Premium), RM2,500 (Nombor Menarik), RM500 (Nombor Popular) dan RM100 (Nombor Semasa).

Mengulas mengenai NPI itu, Aedy Fadly berkata, ia merupakan inisiatif kerajaan untuk menyokong agenda Malaysia Madani sekali mempromosikan nilai Madani yang menjadi cerminan jiwa dan aspirasi negara dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Katanya, hasil penjualan akan digunakan untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam pelaksanaan inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti Program MyLesen, Program Pertukaran Topi Keledar, FlySiswa, pembayaran PERKESO kepada pemandu teksi dan pelbagai inisiatif yang lain. - Bernama

@sinarharianonline

JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #JPJ #Bidaan #NomborPlat #Kenderaan #MADANI

Artikel Berkaitan:

News - AShamaluevMusic

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!