Worldwide Holdings lancar Pavonia
WORLDWIDE Holdings Berhad melalui Bahagian Hartanah (Worldwide Property) melancarkan produk hartanah terbaharu, unit rumah teres dua tingkat, Pavonia di Bukit Bandaraya, Shah Alam.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Worldwide Holdings, Datin Norazlina Zakaria berkata, Pavonia dalam kawasan seluas 3.3 hektar itu menggabungkan kehidupan kontemporari dengan ketenangan alam semula jadi dan berdekatan pusat bandar raya Shah Alam.
"Pavonia menunjukkan komitmen Worldwide Property kepada penghasilan pembangunan yang berkualiti tinggi dan mampan, yang memenuhi keperluan pemilik rumah moden.
"Setiap 126 unit rumah itu menampilkan ruang yang luas dengan keluasan binaan minimum 569 meter persegi, direka dengan pelan konsep terbuka yang praktikal membolehkan pemilik rumah menyesuaikan ciri-ciri kediaman mengikut citarasa dan keperluan gaya hidup peribadi mereka," ujarnya pada Ahad.
Terdahulu, Norazlina menyempurnakan majlis pelancaran Pavonia yang bakal jual pada harga RM962,000 seunit di Hotel Concorde Shah Alam di Seksyen 9 di Shah Alam.
Hanya dua kilometer dari Hutan Simpan Bukit Cherakah, bakal komuniti Pavonia boleh menikmati kawasan hijau yang tenang sambil kekal berhubung dengan suasana bandar yang meriah.
Norazlina menambah, walaupun persekitarannya tenang, Pavonia mempunyai perhubungan yang baik, menawarkan akses mudah ke lebuhraya utama serta aksesibiliti yang baik ke pusat membeli belah, hospital dan sekolah.
"Sasaran pasaran kami adalah golongan profesional, keluarga muda dan mereka yang ingin menaiktaraf kediaman terutamanya dari kawasan Shah Alam, Klang, Subang Jaya dan Petaling Jaya," ujarnya lagi.
Di samping Pavonia, Worldwide Property juga menawarkan produk teres dua tingkat Lyra Residensi di Cyber Valley dam telah mencapai 50 peratus jualan dalan bulan pertama pelancarannya tahun ini.
Kedua-dua Pavonia dan Lyra menonjolkan komitment Syarikat dalam menyediakan rumah kediaman berkualiti tinggi yang mengutamakan kemapanan dan kehidupan yang moden.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!