Wanita lapor polis, CCTV rakam lelaki berkelakuan tidak senonoh

Lelaki ini mencium pakaian dalam wanita yang diambil di ampaian rumah mangsa.
Lelaki ini mencium pakaian dalam wanita yang diambil di ampaian rumah mangsa.
A
A
A

GEORGE TOWN - Seorang wanita membuat laporan polis susulan perbuatan tidak senonoh seorang lelaki yang tidak dikenali di hadapan rumahnya di Taman Bukit Erskine di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, wanita berusia 31 tahun itu membuat laporan polis pada jam 1.11 tengah hari Ahad.

Menurutnya, kelakuan tidak senonoh itu disedari wanita tersebut setelah dia memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumahnya.

"Kita telah menerima laporan daripada wanita berkenaan. Dia membuat laporan polis selepas menerima notifikasi daripada aplikasi CCTV rumahnya.

"Lelaki tersebut disedari berkelakuan tidak senonoh di hadapan pintu pagar rumah wanita itu pada jam 6.40 pagi Ahad," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Swee Sake berkata, ketika ini, polis masih di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

"Susulan daripada itu, kita sedang mengesan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan, diminta tampil untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum itu, satu klip video berdurasi satu minit satu saat memaparkan seorang lelaki telah mengambil pakaian dalam wanita yang disidai di hadapan sebuah rumah.

Lelaki itu kemudiannya mencium pakaian dalam tersebut lalu melakukan onani.

Dia kemudian meletakkan semula pakaian dalam tersebut di ampaian rumah wanita itu lalu meninggalkan rumah berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Disyorkan