Tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di Mississippi AS

Tiga terbunuh dan lapan yang lain cedera dalam insiden tembakan semasa acara tunggangan di Holmes County, Mississippi. Gambar hiasan
Tiga terbunuh dan lapan yang lain cedera dalam insiden tembakan semasa acara tunggangan di Holmes County, Mississippi. Gambar hiasan
A
A
A

HOUSTON - Tiga orang terbunuh dan lapan yang lain cedera pada Sabtu dalam insiden tembakan semasa acara tunggangan di Holmes County, negeri selatan Amerika Syarikat, Mississippi, kata pihak berkuasa.

Insiden itu berlaku apabila sekurang-kurangnya dua orang melepaskan tembakan ke arah sekumpulan 200 hingga 300 orang yang sedang meraikan kemenangan perlawanan bola sepak sempena majlis alumni Holmes County Consolidated School dalam satu acara luar, beberapa jam selepas perlawanan tamat, lapor Xinhua.

Sheriff Holmes County Willie March berkata, punca tembakan dilepaskan selepas berlaku pertengkaran dalam kalangan beberapa lelaki muda.

Beliau berkata, polis sedang memburu suspek yang melepaskan tembakan itu dan siasatan sedang dijalankan. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!