Lelaki tular rosakkan penutup lampu isyarat ditahan

Polis menahan seorang lelaki selepas didapati merosakkan penutup lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam pada Ahad.
Polis menahan seorang lelaki selepas didapati merosakkan penutup lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam pada Ahad.
A
A
A

PORT DICKSON - Polis menahan seorang lelaki selepas didapati merosakkan penutup lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam di sini pada Ahad.

Sebelum itu, perbuatan lelaki berusia 39 tahun berkenaan tular dalam satu rakaman video berdurasi 33 saat di laman sosial Facebook.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian berlaku pada jam 2.15 petang Ahad.

Menurutnya, bertindak atas maklumat pada hari sama polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Port Dickson telah membuat tangkapan ke atas suspek pada jam 4.45 petang.

"Suspek ditahan di sebuah pondok berdekatan Pantai Seaview Port Dickson.

"Hasil semakan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kesalahan jenayah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan pihak polis telah merampas senjata, kenderaan dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata berbahaya (ABKLSB) 1958.

Artikel Berkaitan:

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk proses tahan reman.

"Orang awam dinasihatkan supaya tidak menularkan isu ini yang mana boleh mendatangkan kegusaran terhadap orang awam yang lain," katanya.

@sinarharianonline

Tak puas hati dengan lampu isyarat? - Netizen Polis menahan seorang lelaki selepas didapati merosakkan penutup lampu isyarat dari Kampung Arab, Shell Gate menghala ke Kampung Gelam di Port Dickson pada Ahad. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai dua rekod lampau kesalahan jenayah. Sebelum itu, tular rakaman video durasi 33 saat di laman sosial Facebook memaparkan perbuatan lelaki berusia 39 tahun hingga meraih perhatian netizen. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Tular #Viral #60Saat #JalanRaya #LampuIsyarat #Vandalisme #PortDickson

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Disyorkan