Penunggang motosikal parah dilanggar kereta di lorong kanan

Video tular memaparkan insiden kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di kilometer 3 Lebuhraya Kajang SILK pada Sabtu.
Video tular memaparkan insiden kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di kilometer 3 Lebuhraya Kajang SILK pada Sabtu.
A
A
A

KAJANG - Seorang penunggang motosikal mengalami cedera parah setelah dilanggar sebuah kereta di kilometer 3 Lebuhraya Kajang SILK di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan pada jam 4 petang itu disyaki berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal di lorong paling kanan, kemudian datang sebuah kereta dari arah belakang dan memotong lalu menghimpit serta melanggarnya.

"Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal cedera parah di kepala dan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Naazron berkata, kes telah disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ammar Mohd Tahir di talian 018-2586153 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya.

@sinarharianonline

Apa masalah kereta tu? Seorang penunggang motosikal mengalami cedera parah setelah dilanggar sebuah kereta di kilometer 3 Lebuhraya Kajang SILK pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan pada jam 4 petang itu disyaki berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal di lorong paling kanan, kemudian datang sebuah kereta dari arah belakang dan memotong lalu menghimpit serta melanggarnya. "Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal cedera parah di kepala dan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Muzik: Andriy Mashtalir - Darkness dari Bensound.com Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #Tular #Viral #60Saat #JalanRaya #Kemalangan #Motosikal #Kereta #Langgar #Jenayah

Artikel Berkaitan:

original sound - Sinar Harian

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Disyorkan