Banjir di Temerloh pulih sepenuhnya

Anggota APM mengemas kubikel di PPS SMK Seri Semantan selepas pusat pemindahan itu ditutup hari ini. Foto APM Temerloh
Anggota APM mengemas kubikel di PPS SMK Seri Semantan selepas pusat pemindahan itu ditutup hari ini. Foto APM Temerloh
A
A
A

KUANTAN - Banjir di daerah Temerloh pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Semantan yang menempatkan 133 mangsa daripada 31 keluarga ditutup 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan ketika negeri ini dilanda banjir bermula 13 Oktober lepas, sebanyak 10 PPS telah beroperasi bagi menempatkan 1,859 mangsa daripada 556 keluarga.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kol (PA) Che Adam A Rahman menasihati penduduk di kawasan berisiko banjir supaya terus peka dengan kenaikan paras sungai.

"Kita belum masuk Monsun Timur Laut (MTL), namun penduduk diminta berwaspada dengan cuaca dan akur arahan berpindah sekiranya diminta berbuat demikian,” katanya di sini pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan MTL diramalkan bermula seawal minggu keempat bulan ini manakala data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan 763 kawasan di seluruh negeri ini sebagai lokasi berisiko banjir. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!