Rumah terbakar, lima sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Lima buah rumah terbakar di Kampung Sungai Ayam, Batu Pahat pada petang Ahad. Foto JBPM
Lima buah rumah terbakar di Kampung Sungai Ayam, Batu Pahat pada petang Ahad. Foto JBPM
A
A
A

BATU PAHAT - Lima buah rumah di Kampung Sungai Ayam di sini, musnah dalam kebakaran pada petang Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Penguasa Bomba Ayub Majid berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 3.58 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat lima buah rumah sementara yang dibina menggunakan papan sedang terbakar.

"Kebakaran melibatkan kira-kira 85 peratus daripada keseluruhan rumah, namun tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Keadaan lima buah rumah yang terbakar di Kampung Sungai Ayam Batu Pahat selepas api berjaya dipadamkan. Foto JBPM
Keadaan lima buah rumah yang terbakar di Kampung Sungai Ayam Batu Pahat selepas api berjaya dipadamkan. Foto JBPM

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Yusla Ismail berkata, mangsa terdiri daripada lima buah keluarga berusia sembilan hingga 60 tahun.

Ujarnya, semua mangsa kini tinggal di rumah saudara terdekat dan bantuan diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!