PBB desak Israel buka lebih banyak laluan bantuan ke Gaza

Rakyat Palestin beratur untuk mengisi air berhampiran Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP
Rakyat Palestin beratur untuk mengisi air berhampiran Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Ahad menggesa Israel membuka lebih banyak laluan ke Semenanjung Gaza bagi memudahkan penghantaran bantuan kepada penduduk, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Di Gaza, kami tidak dapat menjalankan operasi kemanusiaan pada skala yang diperlukan hanya dengan beberapa laluan yang tidak boleh dipercayai dan sukar diakses,” kata Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) dalam satu hantaran di X.

PBB menggesa lebih banyak laluan dibuka bagi membolehkan bekalan dan perkhidmatan kritikal disampaikan.

"Bantuan hanya dapat dimanfaatkan apabila ia sampai kepada orang yang memerlukannya, pada waktu mereka memerlukannya,” kata OCHA.

Pasukan Pertahanan Israel melancarkan serangan baharu terhadap Hamas di utara Semenanjung Gaza dua minggu lepas.

Sejak itu, organisasi bantuan melaporkan keadaan kebuluran dan bencana dialami penduduk awam Palestin. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!