Dana Kandungan Digital: Finas perlu pilih pihak benar-benar layak

Mahadi
Mahadi
A
A
A

PROGRAM Dana Kandungan Digital (DKD) dijangka dapat membawa perubahan ketara kepada iklim industri filem negara susulan peruntukan kepada program itu terus dipertingkatkan.

Presiden Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia, Profesor Dr Mahadi J Murat berkata, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) perlu memilih pihak yang benar-benar berkelayakan untuk diberi sokongan.

Menurutnya, ia juga dapat meningkatkan mutu latihan dan pembangunan modal insan yang dijalankan.

“Memilih yang berkelayakan bererti memilih mereka yang punya track record, pencapaian jelas dan perancangan meyakinkan yang boleh melonjakkan kedudukan mereka.

“Yang perlu disasarkan Finas ialah hasil, bukannya jadual indeks prestasi utama atau petunjuk prestasi utama (KPI) semata,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Mahadi, sistem yang sedia ada pada masa ini seperti pendaftaran, pemantauan dan penghimpunan data melalui Sistem Pengurusan & Pemantauan Industri Kreatif (SSPIK) dan MyCap Finas misalnya sudah mencukupi untuk menjayakan matlamat yang dituju.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperuntukkan RM50 juta untuk Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi merancakkan aktiviti bahasa dan kesusasteraan terutama dalam kalangan anak muda.

Menurutnya, ketika pembentangan Belanjawan 2025, inisiatif tersebut akan diteruskan bagi menjaga khazanah bahasa dan sastera supaya tidak dilupakan.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, menurut Mahadi yang juga pengarah filem, ia akan lebih bermakna sekiranya Finas dan DBP dapat menyelaraskan sebahagian daripada aktiviti berkenaan secara bersama terutama berkaitan kandungan Melayu seperti mutu penulisan kreatif serta skrip filem.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!