Hutan Bukit Bendera pula terbakar

Kebakaran hutan yang berlaku di Bukit Bendera awal pagi tadi.
Kebakaran hutan yang berlaku di Bukit Bendera awal pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Kawasan hutan di Bukit Bendera terbakar dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 3.09 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, dianggarkan 0.4 hektar kawasan hutan Bukit Bendera terbakar dan anggota terpaksa mendaki ke lokasi kebakaran untuk melakukan kerja-kerja pemadaman api berikutan tiada laluan untuk jentera bomba naik ke lokasi kebakaran.

"Kebakaran berlaku bertompok-tompok di bahagian atas bukit dan anggota bomba melakukan kerja pemadaman menggunakan pemerap api dan 'jet shooter' untuk mengawal kebakaran bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lebih luas.

"Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.35 pagi dan operasi berkenaan turut dibantu beberapa pasukan bomba sukarela," katanya.

Anggota bomba terpaksa mendaki ke lokasi kebakaran untuk melakukan kerja-kerja pemadaman api berikutan tiada laluan untuk jentera bomba naik ke lokasi.
Anggota bomba terpaksa mendaki ke lokasi kebakaran untuk melakukan kerja-kerja pemadaman api berikutan tiada laluan untuk jentera bomba naik ke lokasi.

Selasa lalu, kira-kira enam hektar kawasan hutan di belakang tokong Kek Lok Si, Air Itam di sini dan berdekatan dengan Bukit Bendera terbakar dalam kejadian jam 7.10 malam.

Artikel Berkaitan:

Walaupun berdepan kesukaran termasuk keadaan gelap di atas bukit, anggota bomba dapat mengawal dan memadam kebakaran di kawasan hutan terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Hutan belakang Kek Lok Si terbakar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!