Budak tiga tahun tunjuk 'skill' main ping pong atas meja kopi

Xiaowu mempamerkan kemahiran bermain ping pong atas meja kopi di rumahnya. Foto Agensi
Xiaowu mempamerkan kemahiran bermain ping pong atas meja kopi di rumahnya. Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Sudah menjadi kebiasaan melihat atlet China sering muncul juara dalam pelbagai sukan Olimpik yang dipertandingkan di seluruh dunia.

Ini kerana sejak dari kecil lagi, ibu-bapa kanak-kanak ini 'dipaksa melakukan latihan sukan yang konsisten dan diharapkan pada masa depan mereka dapat mengubah hidup keluarga masing-masing.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tular di platform media sosial yang mempelihatkan dia mempamerkan kemahiran bermain ping pong atas meja kopi di rumahnya.

Dalam video itu, kanak-kanak dikenali sebagai Xiaowu yang berasal dari wilayah Sichuan di barat daya China telah mempamerkan kemahiran luar biasa memukul bola ping pong dari pelbagai posisi.

Ramai netizen mengkagumi kemahiran budak itu yang dilihat mampu menjadi seorang juara sukan ping pong di Sukan Olimpik pada masa depan.

Segelintir daripada mereka menggelarnya sebagai 'Fan Zhendong' yang merujuk pemenang pingat emas ping pong sebanyak dua kali semasa Sukan Olimpik Paris 2024.

Video yang disiarkan pada 4 Oktober lalu oleh penulis blog, Douyin Xiaowu Richang yang mempunyai 200,000 pengikut telah berjaya mengumpul 3.3 juta tanda suka.

Netizen berpendapat walaupun usianya masih muda, dia mempamerkan keyakinan yang luar biasa apabila mudah beralih ke posisi pukulan kilas sambil bermain dengan teknik yang mengagumkan.

Artikel Berkaitan:

"Tanggapan orang asing mempunyai stereotaip bahawa semua orang China dilahirkan tahu cara bermain ping-pong dan ternyata ia adalah benar, " menurut ciapan netizen.

"Saya tidak sehebat kanak-kanak berusia tiga tahun ini. teknik pukulan depan dan pukulan kilasnya begitu lancar. Pukulan terakhir itu sepantas kilat dan dia mempunyai potensi menjadi juara Olimpik,” katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!