Kaji semula penarikan diesel untuk golongan T15

Tindakan kerajaan untuk menarik semula penarikan subsidi petrol, kesihatan dan pendidikan terhadap golongan T15 perlu dikaji semula - Gambar hiasan
Tindakan kerajaan untuk menarik semula penarikan subsidi petrol, kesihatan dan pendidikan terhadap golongan T15 perlu dikaji semula - Gambar hiasan
A
A
A

TINDAKAN kerajaan untuk menarik semula penarikan subsidi petrol, kesihatan dan pendidikan terhadap golongan T15 perlu dikaji semula.

Ia berikutan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, golongan berkenaan mungkin menerima gaji sebanyak RM12,000 ke atas, namun isi rumah mewakili 3.8 peratus individu.

Syed Saddiq berkata demikian berdasarkan maklumat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam ucapan Belanjawan 2025 pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan subsidi bersasar untuk petrol RON95 akan dilaksanakan pada pertengahan 2025 dengan 85 peratus penduduk masih menerima subsidi.

Apabila kerajaan melakukan penarikan subsidi diesel itu, ia secara tidak langsung turut memberi kesan kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Meskipun golongan T15 dianggarkan hanya tiga peratus bersamaan hampir satu juta rakyat di negara ini, golongan tersebut kebiasaannya individu yang memiliki tahap pendapatan bulanan RM13,000 dan ke atas, memegang jawatan tinggi dalam syarikat atau waris kepada jutawan mahupun tokoh perniagaan ternama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pakar Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai.

Justeru, kerajaan perlu memastikan setiap golongan tersebut benar-benar berada di dalam golongan maha kaya, baru melaksanakan penarikan subsidi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ia berikutan setiap isi rumah memiliki komitmen yang berbeza yang pada akhirnya menyebabkan mereka terkesan dengan tindakan kerajaan terbabit.

Kerajaan perlulah mengkaji semula sama ada tindakan itu benar-benar efisien untuk dilakukan atau tidak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!