Warga asing tular patahkan pengelap cermin kereta di Batu Pahat ditahan

Lelaki warga asing yang mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan berhampiran Terminal Bas Batu Pahat sudah ditahan polis. Foto media sosial
Lelaki warga asing yang mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan berhampiran Terminal Bas Batu Pahat sudah ditahan polis. Foto media sosial
A
A
A

BATU PAHAT - Lelaki melakukan perbuatan khianat dengan mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kereta yang video kejadiannya tular pada Ahad, sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek warga asing berusia 25 tahun ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

"Siasatan dilakukan mendapati video tular memaparkan seorang lelaki sedang mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan yang sedang di parkir itu berlaku berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, sekitar jam 3.30 petang pada Ahad.

"Semasa pemeriksaan dilakukan ke atas suspek selepas ditahan, pihak polis menemui sebilah pisau lipat dalam beg sandang milik suspek," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya ke tempat awam.

"Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah," katanya.

Sebelum itu tular video berdurasi 16 saat di TikTok memaparkan perbuatan lelaki terbabit yang mengundang keresahan orang ramai dan meminta pihak berkuasa menahan si pelaku.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!