Pengedar dadah dicekup bersama pil yaba RM33,000

Seorang pengedar dadah bersama 2,200 biji pil yaba yang bernilai RM33,000 dicekup oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dalam serbuan di Kampung Mentera Banggu, Bukit Marak, Kota Bharu pada Sabtu.

A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengedar dadah bersama 2,200 biji pil yaba bernilai RM33,000 dicekup oleh anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dalam serbuan di Kampung Mentera Banggu, Bukit Marak di sini, pada Sabtu.

Tangkapan pada jam 4.30 petang itu dilakukan menerusi Op Taring Sky semasa suspek yang berusia 41 tahun sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan menjumpai 2,200 pil yaba di dalam beg silang kepunyaan lelaki terbabit.

"Turut dirampas telefon bimbit, sebuah motosikal berserta kunci, sehelai seluar dan wang tunai berjumlah RM1,174.

"Ia menjadikan nilai keseluruhan rampasan ialah RM39,874," katanya pada Isnin.

Tangkapan pada jam 4.30 petang itu dilakukan menerusi Op Taring Sky semasa suspek yang berusia 41 tahun sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Tangkapan pada jam 4.30 petang itu dilakukan menerusi Op Taring Sky semasa suspek yang berusia 41 tahun sedang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, hasil saringan awal ujian air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah jenis meth.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, suspek diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!