Anjur taklimat kendali bot, Pemuda UMNO Johor siap sedia hadapi banjir

Mohammad Aswad (tengah) bersama sukarelawan ketika taklimat pengurusan dan pengendalian bot di Jeti Parit Karjan, Sri Medan Batu Pahat.
Mohammad Aswad (tengah) bersama sukarelawan ketika taklimat pengurusan dan pengendalian bot di Jeti Parit Karjan, Sri Medan Batu Pahat.
A
A
A

BATU PAHAT - Pemuda UMNO Johor kini memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi banjir di negeri ini susulan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pada hujung bulan ini.

Naib Ketua Pemudanya, Dr Mohammad Aswad Ithnain berkata, persiapan itu termasuk pendedahan misi bantuan kepada sukarelawan yang akan turun ke kawasan dilanda banjir kelak.

Katanya, taklimat pengurusan dan pengendalian bot turut diberikan sebagai langkah awal dalam memberi bimbingan kepada sukarelawan.

"Berdasarkan pengalaman banjir di Batu Pahat pada awal tahun lalu, yang menyaksikan banyak kawasan terjejas dan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), bantuan sukarelawan amat diperlukan.

"Oleh itu, Pemuda UMNO negeri bersama badan bukan kerajaan (NGO) bersedia menghadapi musim banjir dengan menyediakan pasukan sukarelawan," katanya ketika ditemui di Jeti Parit Karjan, Sri Medan di sini, pada Ahad.

Mohammad Aswad (tengah) bersama sukarelawan ketika taklimat pengurusan dan pengendalian bot di Jeti Parit Karjan, Sri Medan Batu Pahat.
Mohammad Aswad (tengah) bersama sukarelawan ketika taklimat pengurusan dan pengendalian bot di Jeti Parit Karjan, Sri Medan Batu Pahat.

Mohamad Aswad yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong berkata, seramai 70 peserta termasuk sukarelawan-sukarelawan Southern Volunteers menyertai taklimat yang dikendalikan Persatuan Nelayan Batu Pahat.

"Taklimat ini memberi pendedahan, bagaimana mereka berdepan banjir termasuk pengurusan dan keselamatan dalam kendalikan bot.

Artikel Berkaitan:

"Pendedahan yang cukup baik kpd persatuan dan sukarelawan ini agar mereka boleh turun padang hulur bantuan dengan selamat," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!