City memang patut menang - Guardiola
PEP Guardiola mengakui Manchester City berhak menang di sebalik gol kontroversi ketika ketika menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.
Malah keputusan pengadil perlawanan, Chris Kavanagh mengesahkan gol John Stones pada masa kecederaan adalah tepat.
Ketika kedudukan seakan terikat 1-1 di Molineux Stones menanduk masuk sepakan sudut minit ke-95 yang menewaskan penjaga gol Wolves, Jose Sa.
Jaringan tersebut pada awalnya tidak dibenarkan kerana pemain tengah City, Bernardo Silva sangat hampir dengan Sa.
Bagaimanapuni penilaian Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati tiada kesalahan dilakukan dan Kavanagh menarik balik keputusannya.
"Bernardo tidak mengganggu kedudukan dan pandangan Sa juga tidak terganggu.
"Sepakan sudut Phil (Foden) pula sempurna dan tandukan itu memang hebat," ujar Guardiola.
Menerusi keputusan itu melebarkan rekod The Citizens kepada 31 kemenangan tanpa kalah.
City mendominasi perlawanan dengan Wolves bergelut di kelompok corot liga dan tertekan diasak ketika mendahului perlawanan.
"Dengan 11 pemain dalam kawasan kotak penalti, ia sangat sukar.
"Namun kami sabar dan keputusan ini sangat bagus," kata Guardiola sambil merujuk pasukannya yang tewas di Molineux musim lalu.
City akan menanti kunjungan Sparta Prague dalam saingan Liga Juara Juara di laman sendiri awal pagi Khamis ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!