HONOR X9b: Raja jualan telefon pintar di Malaysia

No Image Caption
A
A
A

HONOR X9b kini menjadi nama yang sinonim dengan ketahanan dan kecanggihan, menakluki carta jualan telefon pintar mid-range di Malaysia selama beberapa bulan berturut-turut.

Dengan harga bermula dari RM1,200, HONOR X9b telah menjadi pilihan utama pengguna tempatan mahupun boleh dianggap sebagai ‘jenama nasional, terutama dengan reka bentuk badannya yang menarik perhatian dengan warna oren yang mencolok, dapat dilihat di mana-mana sudut jalan.

Siri HONOR X: DNA tahan lasak yang memimpin industri

Ketahanan adalah ciri utama dalam setiap generasi siri HONOR X. Dari mula diperkenalkan, siri ini telah memulakan pergerakan inovatif dalam industri telefon pintar yang menekankan pentingnya ketahanan terhadap jatuh dan kerosakan.

No Image Caption

HONOR X9b bukan hanya sekadar telefon, tetapi satu lambang evolusi teknologi, yang terus membawa pembaharuan dari satu model ke model yang berikutnya.

Ketahanan ini menjadi DNA teras kepada siri HONOR X, mencerminkan komitmen jenama ini untuk menghadirkan produk berkualiti yang boleh dipercayai oleh pengguna.

Setiap generasi siri X, termasuk HONOR X9b, memperlihatkan penambahbaikan ketara, bukan hanya dalam aspek prestasi tetapi juga ketahanan fizikal.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Inovasi ini telah mendorong industri ke arah piawaian yang lebih tinggi, di mana semakin banyak pesaing mengakui kepentingan ciri-ciri tahan lasak yang diperkenalkan oleh HONOR.

Evolusi Anti-Jatuh: Dari HONOR X9a ke HONOR X9b

Perjalanan siri HONOR X dalam aspek ketahanan bermula dengan HONOR X9a, yang memperkenalkan teknologi Anti-Jatuh 1.0. Skrin melengkung yang tahan lasak ini menjadi simbol kebolehpercayaan terhadap ketahanan jatuh, menjadikannya model popular dalam kalangan pengguna yang mengutamakan ketahanan fizikal.

No Image Caption

Namun, dengan kemunculan HONOR X9b, jenama ini telah menaikkan lagi piawaian dengan Anti-Jatuh 2.0, yang memberikan perlindungan pada semua 10 sisi telefon.

Ini bukan sekadar penambahbaikan kecil, tetapi sebuah revolusi dalam teknologi telefon pintar. Skrin HONOR X9b kini dianggap sebagai perisai yang sukar ditembusi, memberikan pengguna keyakinan penuh walaupun dalam situasi yang tidak diduga.

HONOR X9b bukan sekadar telefon pintar, ia adalah simbol kehebatan dalam ketahanan dan inovasi. Dengan kejayaan yang tidak dapat dinafikan di Malaysia, model ini membuktikan bahawa teknologi tahan lasak bukan sahaja diperlukan, tetapi juga diingini oleh pengguna.

No Image Caption

Kini, telah tiba masanya kita menyaksikan ketahanan Anti-Jatuh 3,0 yang akan dibawa oleh HONOR X9c, sebab HONOR Malaysia barulah mengeluarkan berita bawaha HONOR X9c akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Netizen juga terangsang dengan ketibaan HONOR X9c, kebanyakan komen di bawah Facebook post HONOR Malaysia telah mengatakan ‘tidak sabar’ dan ‘menanti-nantikan tahap ketahanan HONOR X9c akan ditingkatkan ke tahap baharu’.

HONOR terus memimpin industri, menetapkan piawaian baru dalam ketahanan dan memacu pesaingnya untuk turut berinovasi.

HONOR X9c akan dilancarkan pada masa terdekat, sila melayari sosial media HONOR untuk mendapat maklumat lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!