Agong berkenan terima watikah pelantikan 9 ketua perwakilan asing ke Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bergambar bersama ketua perwakilan asing ke Malaysia pada Pengurniaan Watikah Pelantikan di Istana Negara, pada Isnin. Turut hadir, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani dan Ketua Protokol Wisma Putra, Datuk Yubazlan Yusof. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima watikah pelantikan sembilan ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara di sini.

Ketua perwakilan asing ke Malaysia yang baharu dilantik ialah Duta Besar Laos, Thepthavone Sengmany; Duta Besar Sweden, Niklas Wiberg; Duta Besar Finland, Anne Vasara dan Duta Besar Denmark, Kirstine Vangkilde Berner.

Selain itu, Duta Besar Republik Persekutuan Somalia, Ali Mohamed Abukar; Duta Besar Kesatuan Eropah, Rafael Daerr; Pesuruhjaya Tinggi Kanada, Jodi Robinson; Duta Besar Argentina, Marta Laura Gabrieloni, dan Pesuruhjaya Tinggi Papua New Guinea, Jimmy Ovia.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Algeria, Rizany Irwan Muhamad Mazlan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada, Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin.

Hadir sama pada majlis itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar, Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani dan Ketua Protokol Wisma Putra Datuk Yubazlan Yusof. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!