Amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan selama tiga hari bermula Rabu

MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa dari Rabu hingga Jumaat ini. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa dari Rabu hingga Jumaat ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, berkuat kuasa dari Rabu hingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Sabah yang membabitkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat dan Sandakan (Beluran) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi dan media sosial MetMalaysia atau aplikasi mobil myCuaca serta talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!