PTPTN, Royale Chulan berkolaborasi bersih Pantai Cherating

Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (enam dari kiri), Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid (empat dari kiri) dan Adun Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan (enam dari kanan) merasmikan Program Beach Cleaning di Pantai Cherating.
Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (enam dari kiri), Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid (empat dari kiri) dan Adun Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan (enam dari kanan) merasmikan Program Beach Cleaning di Pantai Cherating.
A
A
A

KUANTAN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif dan program berimpak tinggi untuk kesejahteraan masyarakat.

Seiring dengan hasrat itu, PTPTN dengan kerjasama Royale Chulan Hotels & Resorts Malaysia telah menganjurkan Program Beach Cleaning yang berlangsung dengan jayanya di Pantai Cherating di sini pada Ahad.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, Program ini merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN bertujuan menerapkan nilai kecintaan terhadap alam sekitar dan memupuk kesedaran peserta serta komuniti terhadap pentingnya menjaga alam sekitar.

Norliza Abdul (lima dari kiri) bersama para peserta sedang melakukan aktiviti pembersihan Kawasan Pantai Cherating, Pahang.
Norliza Abdul (lima dari kiri) bersama para peserta sedang melakukan aktiviti pembersihan Kawasan Pantai Cherating, Pahang.

Menurutnya, Program pembersihan Pantai Cherating itu disertai 150 peserta terdiri pelajar Universiti

Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) dan Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA), wakil Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan warga PTPTN.

"Program hari ini diadakan bagi menterjemah keprihatinan PTPTN dan Royale Chulan dalam melaksanakan CSR untuk menjaga alam sekitar.

Artikel Berkaitan:

"Ia sekali gus menjadi bukti sokongan PTPTN dalam menyahut seruan kerajaan bagi mengekalkan kelestarian alam semula jadi di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Beach Cleaning di Pantai Cherating.

Peserta Program Beach Cleaning bergambar bersama Norliza.
Peserta Program Beach Cleaning bergambar bersama Norliza.

Program yang disempurnakan Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim itu turut dihadiri ADUN Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan, Pengurus Besar Royale Chulan Hotels and Resorts Malaysia, Abdul Rahman Ahmad dan Aaron Tan, Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Pahang, Sapiza Ajuhari.

Ahmad Dasuki berkata, inisiatif itu sebahagian CSR PTPTN memastikan kesejahteraan masyarakat

selain menunaikan amanahnya menyediakan pinjaman pendidikan, pengurusan bayaran balik pinjaman serta pembudayaan penabungan.

“Program ini bukan sahaja bertujuan membersihkan kawasan pantai tetapi turut menanamkan kesedaran dalam kalangan peserta tentang tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.

"Melalui pendekatan berasaskan Environmental, Social and Governance (ESG), kami yakin inisiatif ini akan memberi impak positif kepada masyarakat dan juga alam sekitar.

"Nilai murni ini seterusnya diaplikasikan sebagai budaya dalam kehidupan seharian," ujarnya.

Tambah beliau, program itu juga diharap dapat mengeratkan lagi hubungan strategik dengan agensi-agensi terlibat sekali gus meningkatkan imej positif PTPTN dalam kalangan masyarakat.

"PTPTN terus komited meningkatkan pelaksanaan program-program CSR untuk pembangunan masyarakat selari dengan moto kami, Peluang Kejayaan Anda dan tagline CSR PTPTN Prihatin: Kami Kongsi, Kami Bantu," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!