Mata juling pun comel

Memiliki mata juling dianggap sebagai tuah buat Belarus. - Foto Instagram my_boy_belarus
Memiliki mata juling dianggap sebagai tuah buat Belarus. - Foto Instagram my_boy_belarus
A
A
A

SAN FRANCISCO - Belarus tidak seperti kucing lain, namun itu adalah keunikan dan daya tarikannya hingga popular di laman sosial.

Memiliki mata juling dianggap sebagai tuah buat Belarus, kini si bulus ini tampil membantu kucing-kucing lain menerusi dana yang disalurkan oleh orang ramai.

Pemiliknya, Rachel Krall memberitahu Insider, Belarus adalah salah satu kucing yang paling disayangi.

Rachel bersama Belarus telah mengumpulkan ribuan ringgit untuk menyalurkan wang kepada persatuan perlindungan haiwan tempatan.

"Setelah memiliki pengikut yang ramai, saya membuat keputusan mengumpul dana untuk salurkan kepada persatuan perlindungan haiwan di samping dapat membantu kebajikan haiwan gelandangan," kata Rachel.

Belarus mempunyai pengikut yang ramai di media sosial kerana kecomelannya.
Belarus mempunyai pengikut yang ramai di media sosial kerana kecomelannya.

Jelas Rachel, dia tidak mengetahui bagaimana Belarus boleh mengalami masalah juling kerana dia mengambilnya di pusat perlindungan San Franciso pada 2018.

"Saya tidak tahu sama ada dia dilahirkan seperti itu atau mungkin disebabkan oleh kemalangan, namun kecacatan itu tidak menjejaskan penglihatannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sehingga kini, Belarus memiliki 258,000 peminat yang teruja melihat keletahnya yang comel selain keunikan matanya yang juling.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!