20 pakar halal kongsi pandangan melalui PEH24

Seramai 20 orang ahli panel terdiri daripada pelaksana dasar, pihak industri dan pakar pelbagai bidang berkaitan halal akan berkongsikan kepakaran dan pandangan dalam Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2024 (PEH24) di sini bermula esok. (Amir Hamzah)
Seramai 20 orang ahli panel terdiri daripada pelaksana dasar, pihak industri dan pakar pelbagai bidang berkaitan halal akan berkongsikan kepakaran dan pandangan dalam Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2024 (PEH24) di sini bermula esok. (Amir Hamzah)
A
A
A

BANGI – Seramai 20 orang ahli panel terdiri daripada pelaksana dasar, pihak industri dan pakar pelbagai bidang berkaitan halal akan berkongsikan kepakaran dan pandangan dalam Persidangan Kebangsaan Eksekutif Halal 2024 (PEH24) di sini bermula esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson, Amir Hamzah Md Isa berkata, PEH24 yang diadakan selama dua hari di Pusat Konvesyen Bangi Avenue di sini merupakan platform perkongsian idea dan bertukar-tukar pandangan secara eksklusif melibatkan pengamal-pengamal pensijilan halal daripada pelbagai industri.

“Acara peringkat nasional ini merupakan kesinambungan kejayaan penganjuran PEH22 dan PEH24.

“Ia terbukti telah memberi peluang kepada eksekutif halal dan pengamal industri halal di seluruh negara mendapatkan maklumat terbaharu mengenai hala tuju serta polisi kerajaan melalui sesi perbincangan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, acara tahunan itu merupakan bukti komitmen Kolej UNITI Port Dickson mendokong usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam ekonomi halal dengan melahirkan lebih ramai bakat-bakat dan tenaga kerja halal berpengetahuan dan berwibawa.

“Apa yang lebih penting, penganjuran PEH24 adalah untuk memperkasakan peranan pengamal industri halal dan memartabatkan profesion eksekutif halal dari seluruh negara,” katanya.

PEH24 juga membawa secara eksklusif kehadiran Kepala Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia, Dr. Muhammad Aqil Irham yang memperincikan mengenai pelaksanaan pensijilan halal di republik Indonesia.

“Beliau akan memberikan penjelasan mendalam mengenai proses transisi pensijilan

Artikel Berkaitan:

halal di Indonesia dari Majelis Ulama Indonesia (MUI) kepada BPJPH. Perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkukuh sistem pensijilan halal dan meningkatkan keyakinan pengguna serta pasaran halal di Indonesia,” katanya.

Menurut Amir Hamzah, persidangan ini juga telah disertai para pensyarah dan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam bidang berkaitan halal dan syariah sekali gus memberi pendedahan kepada mereka mengenai peluang serta hala tuju profesion eksekutif halal.

Dalam pada itu beliau berkata, Kolej UNITI Port Dickson turut komited mengembangkan program pendidikan halal melalui penawaran program Mobiliti dan Edutourism di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Berbekalkan kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang berkaitan pendidikan halal, Kolej UNITI Port Dickson bertekad menerajui Halal Edutourism dan sudah bersedia. Kita akan menggerakkan usaha ini pada PEH24 seterusnya menyertai promosi di Malaysia Fair di Tokyo pada awal November ini,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!