Sumbat 20 PATI dalam Exora

Serbuan jam 8.47 malam itu dilakukan selepas polis terserempak dengan Exora yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan di Jalan Bendang, Morak.
Serbuan jam 8.47 malam itu dilakukan selepas polis terserempak dengan Exora yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan di Jalan Bendang, Morak.
A
A
A

TUMPAT - Seorang lelaki dicekup selepas dipercayai menyumbat 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora di Kampung Pohon Tanjong, Wakaf Bharu di sini pada Ahad.

Serbuan jam 8.47 malam itu dilakukan selepas polis terserempak dengan sebuah MPV yang dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa melakukan rondaan di Jalan Bendang, Morak di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, ketika itu MPV berkenaan menghala ke arah Kampung Kepulau.

"Curiga dengan situasi itu, anggota bertugas telah berusaha menahan MPV itu, namun pemandu terbabit bertindak memecut laju dalam keadaan bahaya.

Seorang lelaki dicekup selepas dipercayai menyumbat 20 PATI warga Myanmar dalam Exora di Kampung Pohon Tanjong, Wakaf Bharu, Tumpat pada Ahad.
Seorang lelaki dicekup selepas dipercayai menyumbat 20 PATI warga Myanmar dalam Exora di Kampung Pohon Tanjong, Wakaf Bharu, Tumpat pada Ahad.

"Setiba di lampu isyarat Wakaf Bharu, suspek telah melanggar lampu isyarat merah. Pada masa sama, pemandu MPV bertindak agresif dengan melanggar kenderaan peronda polis sehingga menyebabkan kerosakan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, suspek kemudian bertindak memasuki susur jalan ke Kampung Pohon Tanjung, Wakaf Bharu dan telah terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan.

Ujarnya, semasa menghampiri MPV itu anggota bertugas telah ternampak kelibat dua lelaki yang bertindak melarikan diri ke arah semak.

Artikel Berkaitan:

Mohd Khairi memberitahu, bagaimanapun polis berjaya menahan salah seorang suspek.

Beliau berkata, pemeriksaan selanjutnya mendapati terdapat 20 PATI warganegara Myanmar di dalam kenderaan terbabit.

"Kesemua mereka PATI itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah masuk ke negara ini.

"Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 26A Akta Atipsom 2007 (Akta 670) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Menurut beliau, orang ramai diseru agar membantu menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di talian 09-7257222.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!