Bank Rakyat luluskan BRIEF-i RM33.17 juta

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan (tengah) bersama Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mubarak (empat dari kanan) bergambar dengan penerima semasa Penyerahan Cek Cura Program Pembiayaan BRIEF-i yang diadakan di Menara Berkembar Bank Rakyat pada Isnin.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan (tengah) bersama Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mubarak (empat dari kanan) bergambar dengan penerima semasa Penyerahan Cek Cura Program Pembiayaan BRIEF-i yang diadakan di Menara Berkembar Bank Rakyat pada Isnin.
A
A
A

BANK RAKYAT meluluskan RM33.7 juta bagi program pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) sebagai inisiatif menyokong perniagaan komuniti usahawan India.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, program pembiayaan yang memperuntukkan dana keseluruhan RM50 juta itu memberi manfaat kepada 384 usahawan.

"Penerima itu terdiri daripada pelbagai sektor iaitu pengangkutan, perkhidmatan, peruncitan, makanan dan minuman serta lain-lain.

Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan

"Kemajuan dalam sektor keusahawanan merupkan antara intipati pelaburan terpenting bagi pembangunan ekonomi negara dan golongan usahawan bukan sahaja penyedia peluang pekerjaan tetapi juga pemacu inovasi kepada pertumbuhan pelbagai bidang dan industri," katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Cek Cura Program Pembiayaan BRIEF-i pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, untuk mencapai pertumbuhan ini, kerjasama erat antara kerajaan dengan institusi kewangan seperti Bank Rakyat adalah amat signifikan bagi membantu para usahawan mencapai matlamat perniagaan mereka.

Tambah beliau, dalam usaha membangunkan ekosistem keusahawanan yang inklusif dan dinamik, perhatian perlu diberikan kepada setiap lapisan masyarakat.

"Saya pasti dengan kelangsungan program pembiayaan seperti BRIEF-i, kerajaan dapat memastikan lebih ramai usahawan India mampu mengakses dana yang diperlukan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Kalau kita lihat setakat hari ini, RM33 juta daripada RM50 juta yang disediakan untuk pembiayaan BRIEF-i telah pun diluluskan.

"RM6 juta masih lagi dalam proses tetapi akan diluluskan membawa angka yang keseluruhan kepada RM40 juta. Masih ada lagi RM10 juta untuk permohonan dibuat sampai hujung tahun," katanya.

Datuk Mohd Irwan Mubarak
Datuk Mohd Irwan Mubarak

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, institusi kewangan pembangunan berkenaan sentiasa komited dalam memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat peluang sama rata dalam mengakses kemudahan kewangan yang diperlukan.

Ujarnya, Bank Rakyat sentiasa tampil ke hadapan sebagai salah satu peneraju dalam menyediakan penyelesaian kewangan yang inklusif dan progresif seiring dengan konsep Malaysia Madani.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!