Tiga kenderaan terbabit kemalangan terbakar di NKVE

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran tiga kenderaan yang terbakar akibat kemalangan di di kilometer 4.4 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Isnin.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran tiga kenderaan yang terbakar akibat kemalangan di di kilometer 4.4 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga kenderaan terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 4.4 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.38 petang.

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jelutong dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami dapati kebakaran membabitkan tiga kenderaan berpunca akibat kemalangan jalan raya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran tiga kenderaan yang terbakar akibat kemalangan di di kilometer 4.4 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Isnin.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran tiga kenderaan yang terbakar akibat kemalangan di di kilometer 4.4 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) pada Isnin.

Menurutnya, kenderaan terbabit dalam kejadian itu adalah dua kenderaan jenis sedan terbakar 100 peratus dan sebuah kereta jenis pacuan empat roda terbakar 50 peratus.

"Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan, insiden itu tidak melibatkan mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!