Lelaki maut lori dinaiki dirempuh kereta terbabas

Keadaan kemalangan jalan raya di Gua Musang.
Keadaan kemalangan jalan raya di Gua Musang.
A
A
A

GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Seorang penumpang sebuah lori maut dalam kemalangan selepas lori dinaiki dilanggar oleh sebuah kereta yang terbabas di kilometer 7 Jalan Gua Musang - Kuala Lipis di sini pada Isnin.

Dalam kemalangan itu mangsa, Khairul Anuar, 53, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Mitsubishi Fuso dan kereta jenis Proton Preve.

“Pemandu Proton Preve iaitu lelaki berusia 51 tahun memandu dari arah Kuala Lipis menghala ke Gua Musang.

Kereta Proton Preve remuk akibat kemalangan.
Kereta Proton Preve remuk akibat kemalangan.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, dipercayai pemandu kereta tersebut hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan lori,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, akibat kemalangan itu, pemandu kereta dan pemandu lori lelaki berusia 38 tahun mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan awal.

Artikel Berkaitan:

“Penumpang lori tersebut pula sahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.

Lori dinaiki oleh mangsa yang maut dalam kemalangan pada Sabtu.
Lori dinaiki oleh mangsa yang maut dalam kemalangan pada Sabtu.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

"Pihak polis meneruskan siasatan lanjut masih dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalur dengan menghubungi BSPT Gua Musang di talian 099121222 atau pegawai penyiasat di talian 013-3010408,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!