Kapal berdaftar di Malta terbakar di Selat Johor Timur

Sebuah kapal tangki MED ATLANTIC yang berdaftar di Malta terbakar di Selat Johor Timur dalam perairan Singapura pada Isnin. Foto Facebook Singapore Civil Defence Force.
Sebuah kapal tangki MED ATLANTIC yang berdaftar di Malta terbakar di Selat Johor Timur dalam perairan Singapura pada Isnin. Foto Facebook Singapore Civil Defence Force.
A
A
A

SINGAPURA - Sebuah kapal tangki MED ATLANTIC yang berdaftar di Malta terbakar di Selat Johor Timur dalam perairan Singapura dengan kesemua 22 kru berjaya turun dari kapal itu tanpa sebarang kecederaan.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di bilik enjin kapal pada 10.30 pagi Isnin.

"Kapal itu kini sedang berlabuh. Sebuah bot peronda MPA, dua bot Polis Pengawal Pantai, tiga kapal pemadam kebakaran dan penyelamat marin Pasukan Pertahanan Awam Singapura, serta dua bot tunda telah dikerahkan untuk memberi bantuan dan memastikan keselamatan pelayaran," katanya dalam satu kenyataan.

MPA menambah bahawa tiada gangguan kepada lalu lintas perkapalan di kawasan itu dan siaran navigasi sedang dikeluarkan kepada kapal-kapal yang melalui kawasan berkenaan untuk menjauhi lokasi kejadian.

Sementara itu, Agensi Makanan Singapura sedang memantau situasi dengan teliti dan telah menasihatkan ladang ikan berhampiran untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!