Polis mohon bantuan kesan Khairul Amir, hilang sejak 11 Oktober

Polis mohon bantuan kesan Khairul Amir, hilang sejak 11 Oktober.
Polis mohon bantuan kesan Khairul Amir, hilang sejak 11 Oktober.
A
A
A

BENTONG - Pihak polis memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 11 Oktober hingga kini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Khairul Amir Ismail, 24, yang dibuat oleh abang lelaki itu pada Isnin.

Menurutnya, lelaki tersebut yang masih bujang serta tidak bekerja itu keluar rumah pada hari kejadian dan tidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini.

"Lelaki itu berkulit sawa matang dengan ketinggian kira-kira 165 sentimeter dan berat 60 kilogram (kg).

"Lelaki itu memakai baju t-shirt berkolar dengan corak berbelang coklat putih dan berseluar panjang warna hitam dan kali terakhir dilihat di Taman Saga di sini," katanya.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan.

Sebarang maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!