Rumah terbakar, tiga kenderaan musnah

Antara kenderaan yang turut musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Kampung Air Puteh, Kamunting pada Isnin.
Antara kenderaan yang turut musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Kampung Air Puteh, Kamunting pada Isnin.
A
A
A

TAIPING - Tiga kenderaan musnah dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Jalan Kampung Air Puteh, Kamunting di sini pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian tersebut jam 7.12 malam.

Menurutnya, susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan BBP Taiping bergegas ke lokasi kejadian dan tiba dalam masa 12 minit.

"Setibanya di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kelas B musnah terbakar 90 peratus.

"Ketua operasi mengarahkan anggota membuat pemadaman menggunakan satu aliran 1,200 kaki dari pili bomba dan membuat penyambungan di antara jentera sejauh 400 kaki dan pemadaman menggunakan pancutan sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Anggota dari BBP Kamunting dan BBP Taiping bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Kampung Air Puteh, Kamunting pada Isnin.
Anggota dari BBP Kamunting dan BBP Taiping bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Kampung Air Puteh, Kamunting pada Isnin.

Sabarodzi berkata, kebakaran terbabit turut mengakibatkan beberapa kenderaan yang diletakkan di dalam garaj musnah.

Menurutnya, kenderaan yang musnah melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Mazda Fighter, kereta Nissan AD Resort dan motosikal Honda C70.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun katanya, tiada mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian terbabit.

Jelasnya, operasi yang disertai 18 anggota itu tamat jam 10 malam selepas api berjaya dikawal sepenuhnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!