Dua blok SMK Lawas musnah dalam kebakaran

Anggota bomba berusaha memadamkan api pada sebuah blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas, Sarawak yang terbakar sekitar jam 11.30 malam tadi. - Gambar ihsan JBPM Sarawak
Anggota bomba berusaha memadamkan api pada sebuah blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas, Sarawak yang terbakar sekitar jam 11.30 malam tadi. - Gambar ihsan JBPM Sarawak
A
A
A

LAWAS - Dua blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas musnah dalam kebakaran sekitar jam 11.30 malam tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Hendery Ardimansyah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.36 malam, sebelum segera mengatur gerak sebuah jentera pemadam dan sebuah jentera water tanker dengan kekuatan 17 anggota menuju lokasi.

"Tiba tiga minit kemudian, pasukan memaklumkan bahawa kebakaran melibatkan dua blok bangunan sekolah tersebut daripada jenis struktur tidak kekal. Ia melibatkan blok pentadbiran dan blok gedung ilmu,” kata beliau.

Sebuah blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas, Sarawak dijilat api. - Gambar ihsan JBPM Sarawak
Sebuah blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas, Sarawak dijilat api. - Gambar ihsan JBPM Sarawak

Pasukan bomba, kata Hendery lagi, menggunakan dua aliran dan empat nozel untuk kerja-kerja pemadaman, dengan sumber air adalah dari jentera water tanker.

Menurut Hendery, pasukan bomba juga menghadapi kesukaran ketika melakukan kerja-kerja pemadaman akibat masalah sumber air di lokasi kejadian.

"Operasi bagaimanapun tamat sekitar jam 4.35 pagi selepas semua punca nyalaan api dipadamkan," jelas beliau lagi.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. - Awani

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!