Remaja maut terperosok bawah MPV

Mangsa maut selepas terperosok bawah MPV dalam kejadian kemalangan di Bandar Baru Tambun pada tengah malam Selasa.
Mangsa maut selepas terperosok bawah MPV dalam kejadian kemalangan di Bandar Baru Tambun pada tengah malam Selasa.
A
A
A

IPOH - Seorang remaja maut selepas terperosok bawah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian kemalangan di Bandar Baru Tambun di sini pada tengah malam Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 12.19 tengah malam.

Menurutnya, susulan itu sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun tiba di lokasi kejadian jam 12.25 tengah malam.

"Ketika tiba di lokasi kejadian mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah MPV jenis Honda HRV yang mengakibatkan seorang penunggang motosikal terperosok bawah kenderaan tersebut.

"Ketua Operasi mengarahkan anggota untuk menggunakan beg udara untuk meninggikan kenderaan dan memberi ruang bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sabarodzi berkata, mangsa dikenal pasti seorang remaja berusia 17 tahun dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang berada di situ.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, operasi yang disertai lapan anggota dengan dua jentera itu tamat jam 1.46 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!