PGA tahan tiga pengedar, rampas pil yaba, ganja bernilai RM45,500

Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit menemui lima kilogram dadah jenis ganja bernilai RM15,500 yang disorokkan dalam but belakang.
Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit menemui lima kilogram dadah jenis ganja bernilai RM15,500 yang disorokkan dalam but belakang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menahan tiga pengedar dadah serta merampas ganja dan pil yaba bernilai RM45,500 di sekatan jalan raya (SJR) Chabang Empat Salam di sini, pada Isnin.

Tangkapan terhadap suspek yang berusia 22, 24 dan 27 tahun itu dibuat pada jam 11 malam semasa penugasan Op Taring Wawasan selepas menahan sebuah kereta jenis Ford Fiesta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit telah menemui lima kilogram dadah jenis ganja bernilai RM15,500 yang disorokkan dalam but belakang.

"Hasil siasatan lanjut anggota kami telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Jeram Perdah, Alor Pasir pada jam 4 pagi dan telah menjumpai 2,000 biji pil yaba bernilai RM30,000 disembunyikan di luar rumah.

"Turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Ford Fiesta bernilai RM30,000, lima unit telefon bimbit (RM16,000) dan wang tunai RM600," katanya pada Selasa.

Menurut beliau, nilai keseluruhan rampasan ialah RM92,1000 dan kes disiasat bawah Seksyen 39B, Seksyen 15(1) dan Seksyen 7 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujarnya, hasil saringan awal ujian air kencing juga menunjukkan dua suspek positif dadah jenis meth dan thc.

Artikel Berkaitan:

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua suspek telah diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan selanjutnya.

"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyalahgunaan dadah dari terus berleluasa di dalam negara," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!