PGA serbu stor transit kosmetik dari Thailand

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menyerbu sebuah stor yang dijadikan sebagai transit kosmetik dari Thailand di pangkalan haram Syed Meor, Bukit Lata, Rantau Panjang pada Isnin.
Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menyerbu sebuah stor yang dijadikan sebagai transit kosmetik dari Thailand di pangkalan haram Syed Meor, Bukit Lata, Rantau Panjang pada Isnin.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa menyerbu sebuah stor yang dijadikan sebagai transit kosmetik dari Thailand di pangkalan haram Syed Meor, Bukit Lata di sini pada Isnin.

Serbuan yang dilakukan semasa penugasan Op Taring Wawasan pada jam 11.30 pagi itu berjaya merampas 1,800 unit sabun kosmetik bernilai RM75,840.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan itu telah menjumpai sabun kosmetik yang dipercayai dari negara jiran tanpa dokumen sah.

"Produk kosmetik terbabit dipercayai untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984 dan barangan rampasan telah diserahkan kepada Komtak (Kompeni Taktikal) Jeram Perdah untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Selasa.

Menurut beliau, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!