Seorang lagi warga China disahkan positif koronavirus: TPM

Dr Wan Azizah pada sidang media perkembangan terkini jangkitan koronavirus di Kementerian Kesihatan di sini sebentar tadi.
Dr Wan Azizah pada sidang media perkembangan terkini jangkitan koronavirus di Kementerian Kesihatan di sini sebentar tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Seorang lagi pelancong China disahkan positif koronavirus menjadikan jumlah pesakit yang positif virus itu di negara ini meningkat kepada 16 orang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pelancong wanita berusia 67 tahun itu merupakan ibu kepada rakan seorang warga China yang disahkan positif pada 6 Februari lalu (kes positif ke-14).

"Dia disahkan positif wabak itu semalam selepas menjalani ujian pengesanan dan pengesahan koronavirus.

"Wanita itu kini dimasukkan di wad isolasi di Hospital Kuala Lumpur dan berada dalan keadaan stabil," katanya pada sidang media perkembangan terkini jangkitan koronavirus di Kementerian Kesihatan di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!